Awak..

April 23rd, 2009 by syahida83
Ya Allah,

Saya rasa syukur kerana sudah dapat lari dari masalah..Saya tidak menyesal meninggalkan apa yang saya ada dahulu..Saya berharap si dia akan menjadi manusia berguna satu hari nanti.Itu doa saya kepada dia dan juga diri saya sendiri.Syukur kerana saya telah berjumpa seseorang yang sangat baik hati dan jiwanya bersih.Dia umpama sinar yang membawa saya ke arah yang lebih bermakna.Dia menerima saya dengan sepenuh hati dan saya juga dapat menerima dia tanpa apa-apa kesulitan.Mungkin ada himah di sebalik semua ini.

‘Ya Allah,tolong jangan kau musnahkan cinta ini kerana aku pasti cinta ini adalah terakhir untukku jika diizinkan Mu.Aku bersyukur kerana kami bersama-sama berjumpa orang yang salah sebelum kami berjumpa orang yang benar-benar ikhlas menyerahkan jiwa dan rasa ini.Semoga perhubungan ini dapat membawa aku ke arah hidup yang lebih bermakna.’
Mungkin sebab itu saya seolah2 tidak berjumpa orang benar-benar saya cinta sebelum bertemu dengannya.

‘Awak,walau senang atau susah saya tetap dengan awak.Saya tau Allah dah beri yang baik untuk saya.Mungkin baik sangat untuk saya.Saya akan tetap sokong apa yang awak buat.Saya takkan hancurkan hati awak lagi..Saya tau macam mana rasanya hati yang hancur.Jangan risau yer’
Ini janji saya pada dia.Jadi dia tak perlu bimbang.Saya sayangkan dia.Saya akan sama-sama dengan dia mencapai apa yang kami harapkan.

Sekian..?fid=edSaExFJ6tU9PzXcRMXb

Ini Angan-angan Saya

April 16th, 2009 by syahida83
 
Ini Angan-Angan Saya
Ini Angan-Angan Saya

Saya baru lepas baca blog orang lain.Baca tentang petua,baca tentang kawen,baca tentang tunang,baca tentang kerja.Kesimpulannya,saya teringin untuk jadi lebih bertenaga dan kelihatan cantik.

Maksudnye kat sini ialah saya perlu perhatikan seluruh badan saya.Jadi kat sini saya perlukan nasihat kawan-kawan jugak. Antaranya:

1. Kulit badan saya kering-Kulit saya sangat kering dan kadang-kadang saya selalu berangan nak jadi macam saya umur 18 dulu.Kulit lembut.Lepas kerja & duduk bawah air-cond,kulit dah jadi kering.Produk apa ek yang bagus?

2.Muka saya ada pigmentation dan berbalackhead-Saya dah hadapi masalah ni bertahun yang lalu.Hidung saya nampak seperti cactus kadang2 bila disentuh.UHUKS!Hidung saya pernah bengkak dan lebam sebab lalui proses tenyeh-tekan-picit pada hidung untuk keluarkan blackhead.Jadi ada apa-apa petua tak?

3.Saya nak bertenaga dan penjagaan dalaman-Sebagai wanita bekerjaya,eceh macam iklan..saya berasa letih di malam hari.Kadang2 saya nak berjaga untuk surf cari kerja dan sebagai nya.Saya jugak rasa malas untuk bersenam di gym free depan rumah..Jadi,produk ape ek yang bagus di samping nak menjaga dalaman?

4.Saya nak kurus & ada shape yang marveles-Mula-mula saya rasa tak kisah..Tapi sejak osmet saya ada sekit kempis perut dan dapat memakai baju lama dengan jayanya,saya rasa mcm nak kurus jugak.Maklumlah,baju2 saya di almari semuanya tak padan dan pernah dijual di bundle dengan harga rm10 padahal baju tu saya beli rm80 taww.Jadi,untuk berjimat & mengelak dari nampak bonggol2 seni di badan,saya mengambil keputusan untuk setiap hari memakai baju kurung ke pejabat.Konon macam nampak ayulah..hehee,2 in 1.Jadi sekarang,saya cuba memakai girdlle 3 in 1 -osmet saya jual taw…Hasilnya?Setiap pagi saya ke toilet.Kalau tak,seminggu pun sangat susah..Jadi di samping ini,macam mana ya?ada petua tak?maksud saya errr,produk ya.

Setakat ini saja impian saya dahulu.Fokes diri dulu.

Hidup yang Perlu Diteruskan

April 7th, 2009 by syahida83

Bukan niat aku untuk mengeluh

Bukan niat aku untuk mengenang cerita yang lepas

Kerna aku tahu apa itu sejarah

Sejarah hanya pedoman untuk hidup ke hadapan

Bukan dijadikan pegangan untuk jatuh

Tapi..

Bila aku pandnag ke belakang..Zaman sekolah,zaman kanak2..Aku rasa terkilan dan agak sedih..Bila aku bukak page member2,aku lagik sedih..Down pun ada..Sebab tu agaknya aku jarang bukak frenster nih..Well,aku faham,nasib aku agak baik sebab dapat kerja yang tetap,title engineer and ada segulung ijazah,adela dari takde kan..

Tapi bukan ini yang aku betul2 harapkan.Aku harap yang lebih dari ini.Aku mahu hidup.Hidup yang tidak terbeban.Hidup yang aku buleh kecapi dengan rasa selesa dan berpuas hati dengan apa yang aku ada.Masa dulu,rakan2 seangkatan kebanyakan semuanya jauh meninggalkan aku.kawan2 baik aku ramai yang fly ke oversea.Aku frust time tu,tapi takpe aku sabar…Bila masuk U,aku agak bernasib baik sebab ada scholarship,mak ayah yang senang membantu dan pada aku,belajar tu senang.Tak perlu susah2 nak studi pon aku masih mampu bersaing dengan kawan-kawan aku.Rasanya aku terlalu lupa diri yang sebabkan aku agak jatuh.Aku belum nampak kesannye time tu.

Sekarang?Baru aku tahu..setiap detik setiap saat itu sebenarnya berharga.Kawan2 yang agak rapat dengan aku dulu kebanyakan dah betul2 berjaya,dan hidup bahagia..Aku?Aku pon bahagia tapi aku gagal dalam mendapat ‘hidup yang sempurna’.Phisically,semuanya nampak sempurna tapi hakikatnya biar aku dan Allah sahaja yang tahu..

Aku berdoa dan berharap,aku dapat ‘hidup yang sempurna’ itu.Aku tak mahu pandang ke belakang atau kembali ke masa silam,cuma cukuplah sekadar aku dapat menerima hakikat dan disebabkan sejarah itu menjadikan aku lebih berusaha untuk hidup yang lebih sempurna.

Kau Tercipta Untukku

February 4th, 2009 by syahida83

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

anda perlu teruskan perjalanan anda..

May 11th, 2008 by syahida83

When the going gets tough, the tough gets going”

Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.

Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan�kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.

Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda…… )